Majlis Berbuka Puasa Anjuran Pengerusi LP KL/Selangor

Posted by admin | BuletinLP | Friday 3 September 2010 12:10 PM

boy-makan

(Gambar ihsan Liannewskool.blogspot.com)
* Artikel ini dipetik dari http://juhannsauffi.blogspot.com/

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t majlis yang berlangsung di Surau Al-Akidah,Kelana Jaya berjalan dengan lancar dan meriah.Majlis turut dihadiri oleh ADUN Seri Setia,YB Encik Nik Nazmi Nik Ahmad bersama rombongan rantingnya.Tahun ini majlis turut meraikan Anak-anak Yatim serta Perkumpulan Ibu-Ibu Tunggal Kg Dato Harun.

Setengah jam sebelum berbuka puasa majlis diserikan dengan persembahan nasyid dari kumpulan yang diraikan..sayu dan hiba tatkala mendengar rintihan dan luahan hati serta persaan mereka melalui bait-bait nasyid yang didendangkan..Syukur Alhamdulillah sekali lagi kerana Cikgu Misai mejemput saya sekeluarga untuk hadir bersama program ini..walaupun saya sangat aktif dalam pertubuhan kebajikan dan khidmat sosial masyarakat yang dimiliki keluarga namun ini tidak bermakna saya lali dari perasaan sedih apabila mengenangkan nasib mereka yang kurang bernasib baik dan berkemampuan..hampir menitis air matabila mendengar persembahan mereka..

Majlis kali ini juga meriah dengan kehadiran adik beradik Lian Padukan yang sering berlengan dan berkaki disitu.Antara yang hadir ialah senior-senior saya iaitu Cikgu Faizal,Cikgu Nasrul dan Cikgu Sir Tokpin.Disamping itu saudara seangkatan iaitu Khairul ‘Catering’ dan beberapa sahabat yang lain.Yang paling ringan tulang sahabat junior saya..iaitu Saudara Aznan USJ.Terharu dengan keikhlasan dan keakraban persahabatan yang terpancar dari setiap yang disebut apabila bersua..ada sahaja perkembangan,gelak tawa dan cerita yang dikongsikan seperti lama tak jumpa..begitulah kami.Semoga ikatan ini ibarat air yang dicincang takkan putus..

Banyak gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung diambil oleh saya dan Cikgu Nasrul..cuma belum sempat nak update di blog ini..Insyallah akan muncul sedikit masa lagi..Majlis seumpana ini harus diteruskan dari semasa ke semasa.Terima kasih Abang Din kerana memberi peluang kepada kami pendedahan tanggungjawab sosial kepada masyarakat turut perlu diutamakan tidak hanya tertutup minda dengan hanya berbuah pukul semata-mata.

Demo Lianpadukan di Sekolah USJ 2

Posted by admin | BuletinLP | Thursday 12 August 2010 11:03 AM

Dipetik dari http://lianpadukanacademy.blogspot.com

dsc_0922-ed-cr-rs Saya bagi pihak Lian Padukan Academy ingin mengucapkan Selamat Menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa. Dengan izinNYA kita diberi peluang sekali lagi untuk bertemu dengan bulan Ramadan ini yang di awalnya ada Kerahmatan, di tengahnya ada Keampunan dan di hujungnya ada pembebasan api neraka. Janganlah di persia-siakan peluang yang Allah s.w.t berikan pada kita semua.

Untuk topik kali ini saya ingin berkongsi demonstrasi yang diadakan bersama Cikgu Raziman di Sekolah USJ2 pada 31st July 2010.

Demo adalah sempena Kanival Tahunan Sekolah tersebut disamping mempromosi pembukaan cawangan Lian Padukan di USJ, insyaAllah.

Permintaan adalah dari pihak sekolah terbabit yang mahukan sendiri Lian Padukan…hahaha best tu.

Demo telah di kendalikan oleh Cikgu Kamaruddin @ Raziman bersama dengan murid2 kecil beliau yang terdahulu dan dibantu bersama oleh 3 orang murid sekolah rendah juga dari Lian PAdukan Academy Gombak. Sorakan dan tepukan dari penonton yang dan lagu gendang silat yang dimaikan sunguh hebat sekali hari itu.

Response dari cikgu2 dan murid2 sunguh menggalakan dan insyaAllah kelas akan di mulakan selepas Hari Raya.

Bagi pihak Yang Di Pertua, LP Academy, pengerusi Selangor dan seluruh warga Lian Padukan, kami ucapkan tahniah dan Selamat Pulang kepada Cikgu RAziman ke USJ2. Ibarat sirih pulang ke gagang.

Walaupun begitu setelah habis demo ini sudah ada pihak yang cuba menggagalkan usaha yang baik dan murni ini. Sekali lagi, kami sudah menjangkakan ini akan berlaku. Tohmahan dan fitnah yang disebarkan tidak kami endahkan. Kami berdoa di bulan yang mulia ini supaya usaha cikgu Raziman ini berjaya dan di permudahkan. Kami berdoakan agar Allah bukakan lah pintu hati orang ini dengan Nur cahayaNya supaya insaf dan bertaubat.

Lagipun kalau yang punya badan sudah setuju, apa kami peduli. betul tak….betuullll.

kami warga Lian Padukan punyai semangat yang kental dan niat yang ikhlas untuk mengembang Lian Padukan ini. Usaha ini akan tetap di teruskan bersama wakil sekolah USJ2. Lawan tetap lawan…..kalau ada ugutan, kepada pihak yang berkuasalah kami ajukan.

Terima Kasih.

KEMBARA SRIKANDI 1001 CERITA

Posted by admin | BuletinLP | Tuesday 10 August 2010 3:27 PM

Dipetik dari http://lianpadukansrikandi.blogspot.com

kembara srikandi kali ini mengupas kisah2 guru2 peribadi ydp pda artikel yg lalu sya telah perkenalkan kalian kepda pa’mat semurai,sepatutnya bersambung dgn pa’majid kelinik tapi malangnya pa’majid telah berpindah penulisan sya terhenti kerana sya terpksa menyiasat di mna guru ini skrg,kemudian sya teruskan dgn artikel mngenai ayhnda pa’atan juga terhenti kerana dgn pelbgai dugaan yg berlaku tp akhirnya kembali seperti sediakala .usaha sya utk mneruskan penulisan ini mula kabur dan mood pun hilg cita2 sya sjak sya khtam lg untuk bertemu guru2 ini rsanya tidk kesmpaian,bebrapa minggu kebelkangan ini ydp ada memberithu sya sering bermimpi ke semua gurunya2 tp ydp mnyangkakan itu adlh mainan mimpi tp mimpi itu terus dtg..sya cuba menasihati beliau spya berjumpa kesemua guru2nya dn sya sngup menghntar krana ydp sendiri tdk boleh memndu klu bleh pun hnya beberapa meter shja dari rumah itu pun solat jumaat dan ke kelas tahfiznya..sya fhm perasaan ydp bkn tak mahu risau timbul plak cerita lain.sya menasihati lagi jgn di fkirkan yg penting niat yg ikhlas lg pun mood sya dah datang balik untk mneruskan artikel sya yg tergendala.

 

pda hari isnin 2 hari lps sya menyuarakn hsrt sya utk mnghntr ydp ke rumah gurunya sma ada semerah atau air hitam,kira2 berani2 takut jga takut kne slapppp!!!.memandai2 tp tidak ydp terus sruh sya bersiap apalagi edan tak tggu lae doh (yahhhhooooooo!!!)

teringt plak bebrapa tahun dahulu ketika ulg alik ke semerah setiap melalui jln air hitam ydp psti memberitahu pda sya yg slah seorg gru peribadinya ada di situ dan bebrapa kli mengajak sya utk singgah tp pda msa itu mna lah sya ndak lagi pun sya fkir klu sya pegi pun ursan apa yelah mna lah sya fhm ketika itu betapa berkatnya jumpa guru2 lma ni,ayh raja pun (pa’raja ali g5) itu pun sbb sya nk mndi jer.
di pndekan cerita sampai jer ke air hitam yong peng kami singgh  di mesjid negeri yg terletak di ats bukit yg jarak dri rumah ayhnda pa’atan hnya bebrapa meter (kalau tk silap),setelah slsai menunaikn solat kami mneruskn prjlnan.setibanya di satu lorong ydp mengarhkan sya msuk..alamak!!korg nk taw?jln tu hnya muat utk sebuah kereta adusss!!matilah..mna tknya lsen sya ni baru jer bepa bulan beb..nk tk nk redha jelah..spnjg perjlnan teruk sya kne mrah dgn ydp,hehe..sya bwa keta cam ular gonggok rsanya klu lwn ngan kura2 gerenti sya kne gelak ngan kura2..korg tak tau sya pnya feeling bercampur gayat tersa cam sya ni baru je kne oprate klu toreh pun grenti drah sya beku..tiba2 satu lorong corner berlipat aduyaii!!..apa plak lg ni??ydp sruh sya berhati2 kerna lorong itu adlah jmbtan bygkan lah lepas tu sya bwa keta cam ‘superman’ ydp mnjerit!!.penykit laloknya dtg akibt dari bahana sya…maaf banngg terpksa..
setibanya di kwsan pkok rambutan ydp memberi isyarat (dah sampai) ehh? yeke!!pehhh!!hapening rumah atas bukit dlm hutan plak tu..betul2 adventure..cam cite hang tuah pi berguru akhirnya dapat juga sya menikmati suasana seperti ini bestnyaa..nak menyampai betul2 ke rumah ayhnda pa’atn kne ‘jungle tracking’sket tapi rasa cam nak melompt jer terus (cam filem rambo) pnya la tk saboo..sampai jer ke depan pintu sya ternmpk kelibat seorg wanita sdg berbaring..ydp pun memberi salam dan salam kami di sambut dengan senyuman mak milah (istri ayhnda pa’atan) dan sempat menyampaikan berita mngenai ayhnda pa’atan yg mna ayhnda pa’atan kurg sihat kami di pelawa msuk dan mak milah membritahu ayhnda pa’atan tentang kehadiran kami setelah bersalam2an ydp pun memperkenalkan dirinya tapi malangnya ayhnda pa’atan tidak mngenali ydp pda mulanya.lalu mak milah menerangkan siapa ydp perbualannya lebih kurg begini:
ayhbda pa’atan: siapa ye?
makmilah: hj.hasyim ank buah mat kedidi
ayhnda patan: hasyim tupai ke?
mak milah:bukan..hasyim mat kedidi
namun ayhnda pa’atan tetap tak meingatinya,mak milah mnerangkan kepada kami tentang pnyakit yg di deritai ayhnda pa’atn yg ada msa nya lupa segala2nya.melihat tingkah laku ayhnda pa’atn sya merasa sedih melihat mtanya terkebil2 ydp mncuba dgn mnyebut arwah cikgu razak pun tak dapat mengingatinya,ydp bertnya lgi smada ingat berapa umurnya ayhnda pa’atn cuma ingat akn tarikhnya dan ayhnda terus bercerita tentang pulau cawan,kisah ketika ayhnda pa’atn berkerja dgn jepun,mengelilinggi malaysia hingga ke indonesia,singapura dan pernah berlakon bersama latif borgiba dalam filem ‘panggilan pulau” fuhh!!hebat juga ingatnya dan sejarahnya.
sedang kami rancak berbual dengan mak milah pasal anak murid ayhnda pa’atan sdra kumusa ada membuat majlis baru2 ini yaitu ‘khatam lian 4′ (kalau tak silap) dan makmila bertanya kpda sya sma ada mngenali sdra kumusa sya kta hnya mngenali beliau melalui blog tapi belum pernah bertemu tapi blog g5 ada dlm blog sya..tiba2 ayhnda pa’atn memanggil ydp ” kau ni hasyim mat kedidi ke”? ydp menjwb ” ya ayh” dgn tk disangka2 ayhnda pa’atn terus meraung ” hasyeeeeeeemmmmmm!!!..” kedua insan ini berpelukan saat ini sya bersama ank sya dan mak milah hnya menyaksikan dgn penuh rsa yg menyayat perasaan..kata2 ayhnda pa’atn sambil terisak2 bertnya kpda ydp ” kau kemana selama ini napa tak jengok pak” kejap pak,kejap ayhnda begitu lah ingatan ayhnda pa’atn celam belup..ydp bercerita knapa selama ini menghilg..sya membiarkan kedua2 mereka ini bercerita,sya sempat mengambil gambar wlaupun mndpt tentangan keras dri ydp tapi sya tetap teruskan klu kne jurus skli pun tak pe bkn snang merakm kn saat seperti ini kenangan yg indah.
sya, ank perempuan sya dan mak milah melihat tingkah laku 2 beranak ini,ydp berpeluang juga mendapat hadiah dari ayhnda pa’atn berupa ‘penumbuk’ kikikik teruk juga ydp di kerjakan oleh ayhnda pa’atn sesekali ayhnda pa’atan berjenaka ” barall betul budak ni” kata2 itu di tujukan kepada ydp seronok sya melihat telatah ayhnda pa’atn dan ydp.
sya pun di panggil oleh ydp giliran sya pulak di perkenalkan oleh ayhnda pa’atn yg sejak dari tadi terasa terpinggir sekejap hehe..ydp memberitahu pda ayhnda pa’atan yg sya juga turut beljr permainan ini dan telah pun khatam..ayahnda pa’atn bertnya akn nama sya lps itu sya di uji oleh ayhnda pa’atn tentang syarat berdiri,mkna senjata lpn dan maksud gayang lima.dgn berkat ilmu yg sdikit (cukup2 mkn) di turunkan oleh ydp dan ilmu yg di ajarkan sya selama ini sya cuba menjawab (tapi dalam hati ni kalau salah harus kne plangkunng pnya dgn ydp) syukur sya lulus,tak cukup lagi ayhnda pa’atn menyoalkan sya ilmu buah usul (gedebukkk! rsa cam ada buah jatuh kt kpla sya)tapi sya cuba jwb juga allhamdullilah setelah mendengar segala penjelasan sya ayhnda pa’atn ‘meng’ijazahkan sya ya allah…terasa bertuahnya pada waktu itu dan ayhnda pa’atn menyuruh sya duduk di sebelahnya sambil meminta tangan sya dan bertnya lgi nma sya ini lah kata2 dari ayhnda pa’atn yg telah menyebakan babak airmta sya pulak keluar selepas ydp  ” ayh menganggap ain adalh anak ayh dunia dan akihrat dan ayh menghalakan ilmu yg ayh turunkan dunia dan akhirat” cuba baygkan perasaan sya dan cuba renungkan kalau kalian juga berada di tempat sya hanya airmta menjawab kata2 ayhnda pa’atn seolah2 insan mulia yg duduk di depan sya ketika itu adalah bapa kandung sya dan sepertinya dia telah hidup kembali…ya allah ya tuhanku..dugaan apakah ini..
benarlah kta2 ydp dan semua cerita2 mengenai ayhnda pa’atn yg org nya seorg yg kaya dgn kasih syg itu sebabnya ydp jatuh hati pda ayhnda pa’atn bkn shja ilmu permainanya malahan ilmu buah usul itu lah yg paling tertinggi ilmu ayhnda pa’atn
ketika sya masih lagi dlm keadaan menangis ayhnda pa’atn bertnya kepada sya kedua ibu bpa sya ada di mna mendengarkan soalan itu lgi la sya tk bleh nk jwb,terpksa ydp yg menjwb kedua2 ibu bpa sdah tiada lagi malahan sjak memeluk agma islam lagi sya sdah di buang keluarga,makmilah terus memujuk dan memeluk sya sambil berkata ” anggpalah mak sebagai mak kandung ain dunia dan akhirat” sya sdah tidk dpt menahan suara tangisan sya dn mengenepikan perasaan malu sya  meraung sya hiba dan betul2 terharu dan ketika itu habis satu rumah menangis. ketika sya menulis artikel ini pun rsa berbaldi2 juga airmta sya keluar.
setelah semuanya kembali tenang ayhnda pa’atn menurunkan lagi bebrapa ilmu buah usul,pda mulanya sya keberatan dan sya meminta izin kpda ydp maklumlah ydp juga guru sya,sya perlu keizinya dan berkat darinya sebelum sya mengambil ilmu2 ini allhamdullilah memang hasrat ydp sendiri,biarlah sya mengambil nya sendiri dari  cikgunya supya dapat berkat kata nya (ydp).
setiap kali ayhnda pa’atn menurunkan ilmu pasti di ijazahkan dan setiap kali sya di ijazahkan setiap kali itu juga ayhnda bertnya nma sya rsanya hampir 18 kali..soalan yg sama..yg kelakarnya ayhnda pa’atn bertnya pda sya suami dah ajar ke belum tentang sifat 20 sya kata tidak lalu di marahinya ydp sambil berkata”"napa tak di ajar?ini bukan bodoh tapi buuuduuuuu!!” (sambil menyloroh ke arah ydp)  ha!!ha!! sya tergelak..pastu ayhnda pa’atn bertnya pda sya sma ada sya tahu tak apa itu sifat 20 sya jwb tidak giliran sya pulak kne ” buduuuuuuu”.. giliran ydp pula gelakan sya.
hari menunjukan hampir senja kami tak sedar msa berlalu begitu pantas,mna taknya macam2 cerita yg dapat sya kongsi dari ayhnda pa’atn,kami meminta diri untuk pulang pda mulanya ayhnda pa’atn menyuruh kami bermalam kerana masih ada ilmu lagi yg hendak di perturunkan kpda sya sehinggakan beliau ingin memandikan sya klau tak kerana baju sya dah tido agknya bkn krana ilmu tapi kerana kasih syg mereka suami istri sempat juga makmilah meminta alamat sya dan nombor telfon sya dan makmilah sempat memetik buah rambutan utk buah tgn,ketika sya bersalaman pda ayhnda pa’atn beliau menangis sambil berpesan kepada sya supaya datg lagi dan sempat membisikan petua dan amalan terharu sya seketika,bila giliran ydp pulak bersalaman ayhnda pa’atn sperti biasa bertnya nma ydp,bila ingat sja mula la beliau menangis..ketika melangkah keluar dan  menyarungkan kasut kedengaran suara ayhnda pa’atn memanggil makmilah dan menyanyakan pda makmilah “siapa nama perempuan tu?makmilah menjawab ” ainnn” dan ayhnda pa’atn bertnya lagi ” yg lelaki? mak milah mnjwb” hj.hasyim mat kedidi” lalu lantas memanggil mak milah dan mengarahkan supaya memimpinya keluar kerana beliau tdk kuat utk berjalan..ydp terpksa berpatah balik kerana tangisan ayhnda pa’atn semakin menjadi2 kami tak smpai hati pergi begitu sahaja tk tergamak rsanya .ydp cuba memujuk dan terus memujuk makmilah naik pening dgn sikap ayhnda pa’atn biasanya tak seteruk ini beliau menangis, sehinggakan menarik tangan ydp,makmilah memujuk ayhnda pa’atn “sudahlah ndeeh nanti dorg dtg lagi” begitula ayhnda pa’atn kasih dan ikhlasnya beliau,ayhnda pa’atn sempat berpesan agar ydp mnurunkan ilmu yg di ajarkan dahulu kpda sya,dan turut berpesan kpda sya agar sampaikan salam nya kepada sdra kumusa,dan kata2 terakhir yg masih sya ingat ialah:
ayhnda suruh spya kita semua bersatu padu kerana islam juga menuntut kita berbuat demikian,kehebatan sesorg itu bukan kerana kekuatanya,tapi kerana ilmunya,ilmu buah pukol ilmu dunia tapi ilmu buah usul ilmu akhirat yang wajib kita tuntut.
setelah sya berjanji akn datang lagi dan akn membawa rombongan di hari raya,ayhnda pa’atn menadah tangan sambil berdoa”"ya allah..kau selamatkan la dan kau lindungi anak2 ku ini”"airmata kami bergenang kembali sambil menuruni lurah masing2 terdiam masih terdengar lagi suara tangisan ayahnda pa’atan beliau dgn setianya berdiri di tepi pintu melihat pemergian kami..
RENUNGAN:
adakah suatu hari nanti kita juga seperti ayhnda pa’atn?
adakah ydp juga akan seperti itu?
mengapakah guru2 menangis?
tujuan sya ikhlas tidak terniat utk banga diri atau menunjuk2 sekiranya ada yg berkecil hati sya memohon maaf,tapi yg sya lakukan adalah kesedaran semata2 buat tatapan kaum keluarga dan diri saya..setiap insan di dunia ini mempunyai kelebihan masing2 yang di anugerahi dari allah swt,daripad kita mengeji lebih baik kita mengaji memantapkan diri,bukan mencaci tapi tapi mengkaji ke jalan ukhrowi yang kekal abadi..ilmu ada di mana2 carilah selagi berdaya tapi jgn lupa rezeki ada depan mata,tunggu masa saja kita sedarinya
sepanjg kembara srikandi merungkai kisah guru2 peribadi belum ada sekali sya mendengar,guru2 tua mengutuk perguruan masing2 malahan saling memuji kehebatan yg ada..ambiklah contoh guru2 lama supaya kita dapat bersatu padu,kalau lah arwah pmk masih hidup dan sya dapat berjumpanya pasti sya dapat selamatkan keadaan…tapi sya yakin setiap keburukan itu ada kebaikanya yg allah tunjukan kalau tak di dunia mungkin di akhirat..
marilah kita semua berdoa agar ayhnda pa’atn segera sembuh aminn..
sekiranya ada niat di hati bertanya2 dan rajin2 kan lah mengambil tahu guru kita selagi ada hayat,ingat walaupun sepatah bissmillah ,sebaris amalan dan selangkah jurus..
insan ini adalah cikgu dan guru kita,berbakti lah walaupun tidak di puji,berkorbanlah walaupun tiada siapa yang tahu,di sana (akhirat) pasti akan di tuntut,dan berbuat baiklah walaupun ada menganggap kita jahat..
p/s: artikel sya yg sya rsa terpanjg dan pengalaman yg manis, kembara srikandi akn menyusul lagi selepas ini..
Cikgu Ayeen

‘Gold’ At The End of The Rainbow, Lian Padukan Style

Posted by admin | BuletinLP | Tuesday 10 August 2010 2:58 PM

Dipetik dari http://ana-safwan.blogspot.com/ 

In the Name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful. Assalaamu’alaikum everyone. This post is a very unique one. At first, I was quite shocked and reluctant with this invitation, but in the end I just couldn’t resist the offer.heh.

Ayahanda Haji Hasyim offered me to take pictures of his weapons collection, and being me, I love weapons. Swords, knives, daggers, spears, keris, parangs, kerambit, tekpi, you name it. My eyes will go @_@. So an offer like this, I thought to myself, this is a once in a lifetime opportunity. I’m sure if you were offered this chance, you wouldn’t let it pass right?? RIGHT?? haha.

First of all, I would like to thank Ayahanda Hj Hasyim himself, for giving me such an invalueble opportunity, and his beloved wife, Cikgu Ayeen, for treating me well as a guest and student. Maybe this is also something for me to remember by before I go to Gombak and continue my journey there. Some of Ayahanda’s collection were gifts from his students, and the LONG SWORD (almost like a katana) was a gift from Cikgu Hisham Giant.

I would also like to thank Cikgu Hisham Giant of LP Kuala Lumpur, the official secretary of the Lian Padukan Malaysia Association, for giving me a warm welcome to his ‘crib’ in Gombak even when I’m still in JB, and also to the other members of LP KL teachers and members that has ‘accepted’ me even before I start studying there.

Next, I would like to thank all the teachers or ‘Cikgu2 Khatam’ for giving me knowledge and the experience of training with them, and for accepting me into the LP family.

 At first I was worried if anyone would disagree with me taking these pictures with the Big Boss’s collection, but it was his decision, so I trust him that he wouldn’t make an unwise decision, and that he has considered all the possibilities,who am I to judge?

Note : I did not make a request to photograph or even look at his collection.

So, I hope that this is an opportunity for us LP family members to get closer and strengthen our silaturrahim and have a chance to look at the weapons kept by The Big Boss. Maybe in the future, guns and rifles would be added to his collection? Haha.

So…I hope all you readers enjoy (especially LP family members.you’ll love these!), and let’s feast our eyes on the weapons collection of the Big Boss of LP.

@_@

p/s: don’t mind the model. he’s not photogenic and not experienced in posing for pictures. just focus on the weapons yeah? thanks.

baca bismillah dulu..hehe

dsc00004 [singlepic id=967 w=320 h=240 float=center] dsc00006 [singlepic id=969 w=320 h=240 float=center] dsc00008

This is the long sword I mentioned. If I’m not mistaken, it’s name is the “Khaujakan Sword”.

dsc00009

 sheathed

dsc00010

Now this one is a spear or ‘tombak’ named Al-Batar , in accordance with one of Prophet Muhammad s.a.w.’s spear, also named Al-Batar -told by the Big Boss

dsc00013 [singlepic id=975 w=320 h=240 float=center] dsc00015 dsc00016

This is a keris called “Dewa Jawa Demam” or Keris Tembaga Kuning Naga Sosro . It is made purely out of copper or ‘tembaga’ , and it’s a ritual weapon, not for fighting. The handle is shaped like a meditating priest who’s having a fever, hence the ‘demam’. It is said to be used by hindus in their ancient rituals.

 

This one is called “Pedang Banjar” , because it originated from a place called Banjar, I think in Indonesia. It is said to be aged more than 200 years old, and the blade is blackish in colour. The sheath is made of one piece of wood, rather than two pieces glued together. Very unique.

 

A picture of Cikgu Ayeen, my teacher, and the so called ‘model’.

 

This is the picture of the whole collection in Cikgu Ayeen’s house. Note : all the weapons showed until here are Ayahanda Haji Hasyim’s personal collection, given to Cikgu Ayeen and are all kept in her house.Next ,weapons at the Lian Padukan Malaysia HQ.

 

The Predator of all the weapons shown here. This is the ceremonial sword for Lian Padukan, and it was a gift to the Big Boss by five teachers(please correct me if im wrong), and it’s made out of 9 types of metal beginning with the arabic alphabet ‘fa’ or in malay ‘pa’ , for example, payung,paku,parang,pedang and so on.(please correct me if im wrong). It looks cool. It looks heavy(5 kilos or more I think. the model’s arms were shaking actually while taking those photos). It is SUPER SHARP.Ayahanda just swung it casually at a tree branch and FLOP it fell to the ground. So it’s as real as any sword gets.Its like the sword HE-Man wields.hahaha.Ayahanda swings it around like it’s a broomstick.more like BOOM-stick.hahaha nevermind =_=

 

A short advertisement of the Big Boss’s beloved Harley Davidson. The model can only dream of riding it for real.hahaha. shiny @_@

 

Okay.The following pictures are Ayahanda Haji Hasyim’s personal collection in Hajah Fifi’s house(spelling?), his first wife. These pictures were taken in his bedroom,and the collection you see here is only about half of his total collection in Johor Jaya, the rest are on the walls of his house, and in another box.

 

A nice collection of swords,parangs, keris, tekpi and spear/tombak.

 

The model holding a spear/ tombak. It was said to belong to a Malay Warrior from Terengganu.

 

Now this is an interesting keris. Haji Hasyim said that many people want this keris, and I’m not surprised why they want it. Guess the name of the keris? I’ll put it up at the bottom of this post.. =D

 

Now this is a picture of a pair of tekpi or Sai. It’s known to be the ‘king of weapons’. They used to belong to two prominent figures in Johor. The yellow one, and the other one. I think it’s made of copper too, the yellow one. If you guess correctly, the Big Boss will give it to you! Hahahaha just kidding.

 

Now this is also another tekpi, quite old and heavier than the previous two. I forgot it’s story… sorry. >_>

 

This is a pair of keris, passed down from generation to generation in Ayahanda Haji Hasyim’s family. It is said that it’s origins date back to the Sultanate of Pagaruyung.

 

This,is the Book of Nukil or ‘Buku Nukil’. It was written by Pak Sani bin Abu Samah in 1956. It was give to Ayahanda Haji Hasyim by Pak Raja Ali from Gayang Lima school of Buah Pukul. The proof is written at the back page of the book. It’s written in full jawi.

 

This is the original Nukil of buah pukul,handed down from generation to generation of Buah Pukul Masters or Guru. It now belongs to Ayahanda Haji Hasyim bin Haji Salleh, given to him by Late Grandmaster Muhammad bin Chik a.k.a. Pak Mat Kedidi, who passed away recently this year. It was given to Ayahanda in the year 1997.

 

A closer view of the Nukil.It should be close enough to be readable. To those who still don’t believe after seeing this proof, then there’s nothing more that can be said to you. What more proof do you want?

FINALLY.Done with the photos.

Ayahanda also showed me his ‘graduation’ or ‘khatam’ certificate of Gayang Lima, given to him by Pak Raja Ali of Gayang Lima. Apparently, he studied under many Buah Pukul Masters or ‘Guru’ and in the end inherited Lian Padukan school of Buah Pukul.

I think this should be all for now. I would like to thank Hajah Fifi for welcoming me as a guest in her house, and Ayahanda for giving me such an opportunity, and Cikgu Ayeen for welcoming me as a guest in her house too. If I missed out anyone, I’m sorry, I didn’t mean to, it’s just that my memory isn’t like a computer.

It was a great experience, especially to be allowed to see the weapons collection of a martial arts grand master. I don’t know what else to say. So…I hope that this post was beneficial and enjoyable, and that we will all be closer to Allah s.w.t. and united among us with this post , insyaAllah.

P/S : If there are any mistakes in facts, please do inform me personally or on my blog.

P/SS : the unnamed keris is called Keris Lipan Bara or Flaming Centipede Keris.

P/SSS : From what Ayahanda Hj Hasyim told me, some of the weapons miraculously make noises and vibrate at times, and some even ‘stand’ on its own. He said that the Keris Lipan Bara stood up after I was done with the photos. It was late, so I didn’t get to take a picture of it standing up. =(

P/SSSS : the cameraman for this photoshoot was Ayahanda Haji Hasyim himself. hehe. *air yang tenang jangan disangka tiada buaya.ini buaya gambar @_@* That’s all for now. Now to prepare for Gombak….

@_@

~ciao~

~salaam~

Upacara Pancang Gelanggang Larkin

Posted by admin | BuletinLP | Tuesday 10 August 2010 1:36 PM

07082010077_0 JOHOR JAYA, 7 OGOS 2010 – Lianpadukan kini menambah satu lagi gelanggangnya dan kali ini di bumi Johor pula iaitu di Larkin. Namun begitu dalam episod kali ini, Webmaster ingin menyampaikan kisah-kisah mengenai pembukaan gelanggang baru di  Larkin ini dari perspektif Webmaster sendiri. Apakah yang dilalui dan dialami oleh Webmaster sebelum dan selepas pembukaan gelanggang tersebut.

Sebenarnya, semua kisah terjadi tanpa dirancang di mana Webmaster sememangnya sudah lama bercadang untuk bertandang di rumah YM Guru Utama Ayahanda Haji Hasyim b Haji Salleh pada hujung minggu lepas. Kisah bermula selepas Webmaster menerima SMS dari Ayahanda yang kemudiannya berbalas SMS dengan Ayahanda pada petang Jumaat yang berbunyi,

Ayahanda: “Slm, cmna fzal, jd dtg jb?”.
Webmaster: ” InsyaAllah, kalau jadi mlm nanti lepas kelas saya gerak..”
Webmaster: “Nape ayah…? Ayah ada ke mana2 ke…?”
Ayahanda: “tk lh, ok ayh tgu, dtg lh, jgn lpa bwk bju ptih ble ikut ayh g glngng bru pkai plita”
Webmaster: “ok”

Selepas pulang dari tempat kerja, Webmaster terus membuat persiapan untuk berlepas ke JB selepas sesi latihan gelanggang Webmaster pada malam itu. Webmaster terus memasukkan Handy Cam, Camera, dan beg-beg pakaian ke dalam kereta. Sesi latihan di tempat Webmaster mengajar berjalan seperti biasa. Selepas latihan, Webmaster turut memberi kepada Setiusaha Gelanggang Webmaster iaitu saudara Jalimi 3 keping banner dan 5 keping banting untuk tujuan promosi. Dan selepas itu, kami semua pergi kedai mamak untuk melepaskan penat. Webmaster pekena air halia-o suam untuk tujuan membuang angin. Kami berborak-borak sambil berbincang untuk menambah baik usaha mempromosikan Lianpadukan kepada penduduk setempat.

Selepas sahaja minum, Webmaster balik ke rumah yang hanya sejengkal dari gelanggang untuk mandi dan membersihkan diri sebelum berangkat ke JB. Mujurlah semua persiapan ke JB sudah ready. Cuma mandi dan terus berangkat. Terpaksa mandi walaupun akan mengalami selesema kecil sepanjang perjalanan nanti.

Webmaster bertolak dari rumah tepat jam 2.50 pagi. Lalu Webmaster menghantar SMS kepada Ayahanda yang berbunyi, “Salam yah, saya baru btolak”. Perjalanan amat lancar sambil ditemani lagu-lagu yang berkumandang dari corong radio kereta Webmaster. Apabila hampir jam 3.25 pagi, mata Webmaster sudah mula menunjukkan tanda-tanda mengantuk. Webmaster cuba untuk melawan tapi tak terdaya juga. Akhirnya, Webmaster berhenti di Hentian Sebelah Senawang untuk tidur seketika.

Tidak lama selepas Webmaster melelapkan mata, hujan mula turun dengan lebat seperti ingin menambahkan lagi nikmat tidur Webmaster pada ketika itu. Pada jam 6 pagi, Webmaster terjaga lantas merasakan sudah terlalu lama tidur di situ, Webmaster terus memecut meneruskan sisa-sisa perjalanan. Jam 6.30, Webmaster tiba di R&R Ayer Keroh dan Webmaster berhenti untuk Solat Subuh di situ. Kemudian, Webmaster kembali meneruskan perjalanan sehinggalah sampai di R&R Pagoh untu bersarapan pagi. Hujan turun ketika Webmaster di Senawang masih turun dengan lebatnya seolah-olah ingin meraikan perjalanan Webmaster ke rumah Ayahanda.

Seketika sahaja di Pagoh, sekadar bersarapan pagi. Webmaster kembali meneruskan perjalanan selepas itu. Kemudian, Webmaster menerima SMS dari Ayahanda yang berbunyi, “fzal, kt mna?knp tk smpi2 lg? ujn lbt ni, hti2″. Ketika menerima SMS tersebut, Webmaster sudah pun sampai Tol Skudai iaitu pada pukul 9.21 pagi. Webmaster membalas SMS ayahanda dengan “Dah kat toll nie ayah..”.

  

Perjalanan amat lancar sekali bermula dari rumah Webmaster sehingga ke penghujung Lebuhraya PLUS. Setibanya Webmaster di Lebuhraya Pasir Gudang, trafik mula sesak. Sesak disebabkan oleh kemalangan yang melibatkan 5 buah kereta. Sebaik sahaja melepasi tempat kemalangan itu, trafik kembali lancar sehinggalah sampai di rumah Cikgu Ain di Taman Molek. Webmaster tiba di rumah Cikgu Ain pada jam 10.06 pagi. Di rumah Cikgu Ain, Webmaster terpaksa bersarapan sekali lagi kerana Cikgu Ain telah menyediakan sarapan mihun goreng.

Selepas selesai bersarapan, maka bermulalah sesi ilmu bersama Ayahanda. Cikgu Ain mula memasak untuk hidangan makan tengahari kami sekeluarga. Semasa memasak, Cikgu Ain sempat juga mencuri peluang sekali sekala bersama kami untuk menambahkan ilmu pengetahuan beliau. Sekali sekala syarahan Ayahanda terganggu oleh kerana otak Webmaster yang sudah berkarat. Walaupun Ayahanda memberi beberapa klu, tapi Webmaster gagal untuk menjawab soalan-soalan Ayahanda. Sesi ilmu ini berlarutan sehingga jam 3.30 petang. Sebelum sesi ini ditangguhkan oleh Ayahanda untuk memberi peluang kepada Webmaster untuk melepaskan penat dan berehat kerana Webmaster belum lagi berehat sejak dari mula sampai di rumah Cikgu Ain. Webmaster tidak melepaskan peluang untuk tidur sepuas-puasnya.

Pada malamnya, Ayahanda mengajak Webmaster untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Pancang Gelanggang Lianpadukan di Jalan Serindit, Larkin. Gelanggang ini diamanahkan oleh Ayahanda kepada Cikgu Ato dan Cikgu Ipman. Tapi sebelum berangkat ke gelanggang, kami sekeluarga sempat makan dahulu kerana Cikgu Ain telah bersusah payah menyediakan makanan pada malam itu.

Apabila tiba di gelanggang baru tersebut, latihan sedang dijalankan dan dikelolai oleh Cikgu Ipman. Agak meriah dan penuh gelanggang juga latihan mereka pada malam itu. Sementara penuntut-penuntut sedang tekun belajar Jurus Satu, Ayahanda mengajak Webmaster untuk membantu Ayahanda menjalankan upacara Pancang Gelanggang. Latihan pada malam itu berakhir pada jam 12 malam.

Dalam perjalanan pulang, Ayahanda sempat juga menunjukkan kepada Webmaster rumah Allahyarham Pak Talib Nik di Jalan Pungguk, Larkin. Allahyarham merupakan salah seorang guru kepada Ayahanda. Banyak juga kisah-kisah ketika bersama Allahyarham yang Ayahanda cerita sepanjang perjalanan pulang kami. Selain daripada rumah Allahyarham Pak Talib, ayah juga sempat menunjukkan bangunan pejabat lama Ayahanda di Larkin. Sempat juga saya menyimpan kedua-dua lokasi di dalam perisian GPS Webmaster sebagai rujukan.

Setibanya kami di rumah Cikgu Ain, Ayahanda menyambung lagi syarahan tertangguh. Walaupun otak Webmaster terus berkarat, Ayahanda tetap bersabar malah tidak jemu-jemu mencurahkan ilmu demi ilmu kepada Webmaster. Bermula dari petua pukul, sehinggalah kepada amalan-amalan hebat yang dimiliki Ayahanda. Sepanjang syarahan Ayahanda, Ayahanda sempat juga menyelitkan dan berberkongsi kisah-kisah dan sejarah-sejarah beliau bersama Webmaster. syarahan kali ini ditangguhkan pada jam lebih kurang 3.30 pagi. Sebelum Ayahanda memberi laluan kepada Webmaster untuk berehat dan tidur.

Pada hari berikutnya iaitu Ahad diteruskan lagi dengan syarahan Ayahanda. Pada hari itu, syarahan Ayahanda lebih banyak berkisar kepada amalan-amalan hebat yang diperturunkan kepada Webmaster. Sambil itu, Webmaster sempat juga bertanya kepada Ayahanda mengenai Lian.

Pada jam 8.30 malam, Webmaster memintaa izin Ayahanda untuk berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Tapi dihalang oleh Cikgu Ain kerana beliau risau Webmaster yang belum makan lagi. Selepas makan malam bersama-sama, Webmaster akhirnya dibenar pulang.

Tidak dinafikan, sepanjang 2 hari bersama-sama Ayahanda untuk mendalami ilmu buah pukul dan ilmu agama, Webmaster rasa bergitu seronok dan begitu teruja sekali. Kerana ilmu-ilmu yang diperturunkan oleh Ayahanda amat istimewa dan sememangnya sukar dicari serta tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Webmaster berasa begitu bertuah sekali. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Ayahanda kerana tidak jemu-jemu menurunkan ilmu kepada Webmaster. Tidak lupa juga kepada Cikgu Ain, kerana sudi berkorban masa dan tenaga. menyediakan makanan kepada Webmaster sepanjang berada di rumah beliau.

Kenapa Mewarisi Sifat Angkuh dan Mengikut Rasmi Lalang?

Posted by admin | BuletinLP | Monday 26 July 2010 12:37 PM

JOHOR JAYA, 24 Julai 2010 – Majlis Khatam Istiadat Lianpadukan telah setahun berlalu. Lianpadukan kini semakin maju dan terus mengorak langkah demi langkah tanpa berpaling lagi.

Dalam usaha menaikkan martabat dan meneruskan perjuangan Lianpadukan, banyak dugaan dan rintangan telah pun ditempuhi oleh seluruh warga Lianpadukan dengan hati yang tabah dan cekal. Bak kata pepatah “Alah bisa, tegar biasa”. Itulah ungkapan paling tepat sekali dalam situasi sekarang ini.

Dalam pada itu, seluruh warga Lianpadukan hendaklah mengikut rasmi padi, “Semakin berisi, semakin tunduk”. Tidak perlulah bermegah-megah. Tidak perlulah angkuh dan meninggi diri. Sematkan di dalam hati sanubari kita, siapakah diri kita ini berbanding Allah swt yang Maha Kuasa dan Maha segalanya. Siapakah diri kita ini berbanding YM Guru Utama, Haji Hasyim Haji Salleh. Janganlah kita mengikut rasmi lalang. Semakin tinggi, semakin tiada gunanya, malah menyusahkan.

YM Guru Utama ada berpesan bahawa jika kita ingin menjadi hebat, hendaklah belajar untuk menjadi hebat, jika tidak solat masakan boleh jadi hebat? Mana datangnya hebat itu jika bukan dari Allah yang satu jua. Dialah yang Maha Hebat, Dialah yang menjadikan hebat.

Dalam perjalanan untuk menjadi hebat, kita hendaklah belajar taat, Sami’na wa ato’na yakni “Kami dengar dan juga kami patuh tanpa bantah”. Tidak usahlah melenting tidak tentu hala. Apakah kita ini sudah hebat? Khatam tidak bermakna kita hebat? Tepuk dada, tanyalah selera.

YM Guru Utama selalu menyebut Man jadda wa jada yakni “Siapa yang berhajat, dia akan dapat”. Allah sentiasa membuka pintu ilmu kepada sesiapa sahaja yang mencari dan berhajat. Kita mempunyai Guru Utama, rujuklah, patuhlah, InsyaAllah kita akan mendapat berkat. Berkat itu penting, jika tiada berkat, tiada gunanya ilmu setinggi gunung sekalipun.

Akhir kata, bersatulah, patuhlah kita kepada agama dan guru kita. Bak kata pepatah, Bersatu teguh, bercerai roboh”.

Webmaster

Setiausaha Lianpadukan Malaysia Melawat Lianpadukan Puncak Jalil

Posted by admin | BuletinLP | Monday 26 July 2010 12:36 PM

PUNCAK JALIL, 23 Julai 2010 – Setiausaha Lianpadukan Malaysia telah meluangkan masa untuk menziarahi Gelanggang Lianpadukan Puncak Jalil yang mana terletak di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Selangor hari ini.

Selain menyampaikan kad-kad ahli yang telah siap dicetak, beliau juga turut serta memberikan sedikit tunjuk ajar kepada penuntut-penuntut Lianpadukan di sana. Banyak tip-tip dan tunjuk ajar telah dicurahkan. Jutaan terima kasih telah disampaikan oleh penuntut-penuntut melalui cikgu mereka Cikgu Faizal.

Ibu Cikgu Ariffin Suratman Kembali ke Rahmatullah

Posted by admin | BuletinLP | Monday 19 July 2010 10:51 AM

19 JULAI 2010 – Ibu kepada salah seorang cikgu Lianpadukan iaitu Cikgu Ariffin Suratman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Tokpin telah meninggal dunia pagi ini.

Kami dari lianpadukan.com juga mewakili Guru Utama Yang Mulia Haji Hasyim dan seluruh warga Lianpadukan mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Cikgu Tokpin di atas pemergian ibu tercinta beliau. Kami juga mendoakan agar roh ibu beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amiin. Al-Fatihah.

Gelanggang baru Lianpadukan Puncak Jalil

Posted by admin | BuletinLP | Sunday 18 July 2010 2:50 AM

malam-pertama1-1PUNCAK JALIL, 16 JULY 2010 – Lianpadukan Puncak Jalil berpindah ke gelanggang baru yang lebih selesa bermula hari ini. Selain daripada itu, masa latihan juga telah berubah kepada setiap hari Jumaat jam 9.30 malam. (more…)

YM Guru Utama Lianpadukan Malaysia Singgah di Studio Gombak

Posted by admin | BuletinLP | Sunday 4 July 2010 11:44 PM

GOMBAK JAYA, 3 JULAI 2010 – Yang Mulia (YM) Guru Utama Lianpadukan Malaysia sempat singgah di Studio Lianpadukan setelah menghantar anak beliau di UIA Gombak di sini.

Di sini, penuntut-penuntut baru dan lama tidak melepaskan peluang untuk bertemu dan mengenali lebih dekat lagi YM Guru Utama. Banyak tips-tips dan petua yang telah diperturunkan oleh YM kepada penuntut-penuntut yang terdiri daripada penuntut dari studio gombak. Petua-petua yang disebut oleh YM antaranya ialah, tumpang kederat, pat-pat siku lipat, dan banyak lagi.

Para penuntut juga tidak melepaskan peluang meminta YM untuk memotongkan limau masing-masing. Sesi memotong limau dan penerangan berlanjutan sehingga jam 12.30 tengah malam.

Setelah para penuntut semua pulang, giliran kami (cikgu-cikgu) pula mengambil kesempatan untuk YM potongkan limau masing-masing. Sambil YM memotongkan limau, YM Guru Utama sempat juga menurunkan serba ringkas cara-cara dan kaedah ‘potong limau’ yang diwarisi dan dipelajari oleh YM kepada kami.

Sejurus selesai sesi potong limau,  kami diajarkan secara terus oleh YM Guru Utama buah-buah seperti, Buah Si Luncai Terjun Dengan Labu-labunya (Buah Baru), Belit Sawa, Libas Buaya, Buah Kandar dan Buah Salam Mayat.

Kemudian, kami beredar ke kedai untuk menghilangkan dahaga sebelum pulang ke rumah. Kami bersama-sama YM memperkenakan ‘Nescafe Panas dan Jus Tembikai’ sambil menonton siaran langsung Piala Dunia, perlawanan antara Paraguay dan Sepanyol.

(p/s: YM Guru Utama pesan jika sesiapa ingin belajar buah-buah berkenaan bolehlah rujuk kepada Cikgu Hisham dan Cikgu Faizal. Tapi kena bayar pengkeras di Restoran Pelita dulu).

Next Page »
TunePlus Wordpress Theme