Grading LianPadukan Selangor/KL Jun 2009

Posted by admin | BuletinLP | Thursday 23 July 2009 9:54 PM

alhamdullilah,

selesai sudah Majlis Grading Lian Padukan yang diadakan di Dewan PKGS Gombak Setia pada 13 Jun 2009.

Majlis yang telah di rasmikan oleh Guru utama / Yang Di Pertua Lian Padukan iaitu Tuan Hj Mohamed Hasyim Bin Hj Mohamed Salleh.

Tahniah di ucapkan pada semua ahli-ahli Lian Padukan ( seramai 52 orang ) yang telah berjaya melepasi tahap-tahap ujian peningkatan Jurus dan Lian. Terimakasih juga di ucapkan pada cikgu-cikgu gelanggang yang sama-sama menyokong dan berusaha menjayakan majlis ini.
Cikgu2 yang terlibat ; Cikgu Boy ( Glg. Melaka ), cikgu Hisham Giant ( Glg. Gombak dan Penang ), cikgu Din misai ( glg. selayang, kelan jaya), cikgu Aimi ( glg. kelana jaya ) dan cikgu dato’ adzmie.
ikhlas,
Hisham_Giant
LPMAA

Grading LianPadukan Pahang

Posted by admin | BuletinLP | Thursday 23 July 2009 8:53 PM

Salam untuk Semua,

Posting kali ini adalah dari Lian Padukan Pahang. Tahniah dan syabas kepada Cikgu Kamal Pahang yang telah berjaya mengadakan Majlis Grading Lian Padukan beliau di Dewan Al-Ghazali SMK Chanis, Muadzam Shah, Pahang pada 29 Mei 2009. Seramai 21 orang murid/ ahli telah berjaya melepasi tahap pencapaian Jurus dan Lian.

Majlis yang telah di rasmikan dan di hadiri sendiri oleh Ynag Di Pertua dan Guru Utama Lian Padukan iaitu Tn Hj Mohamed Hasyim Bin Hj Mohamed Salleh. Cikgu Hasyim di bantu oleh saudara Jefry dari Johor Bahru.

Tahniah sekali lagi kepada Cikgu Kamal yang telah berusaha dan mengembangkan Silat Lian Padukan di Pahang. ( Cikgu Kamal memakai baju putih bersama Cikgu Hashim ).

Guru Utama Lianpadukan

Posted by admin | GuruUtamaLP | Tuesday 14 July 2009 3:56 PM

Haji Muhammad Hasyim b Haji Muhammad Salleh merupakan Guru Utama dan pewaris nukil dan Perguruan Lianpadukan setelah ianya diserahkan oleh Pak Mat Kedidi kepada beliau pada tarikh 11 Mei 1997, hari Ahad, jam 9 pagi.

MINOLTA DIGITAL CAMERA

Beliau dilahirkan pada 18 September 1962 di Batu 16 1/4, Kg. Solok Duku, Mesjid Tanah, Melaka. Beliau berketurunan pendekar dari kesultanan Pagar Ruyung yang akhirnya bermastautin di Selangor dan Negeri Sembilan. Ayahanda  beliau adalah dari keturunan Al-Masyur, Yaman.

Minatnya mempelajari seni beladiri terserlah kerana sejak waktu mudanya beliau telah mempelajari silat pulut, di samping mengaji bab Usuluddin dengan saudara beliau Tok Abang Jalil dan kemudiannya dengan Tok Arif pula. Pada ketika umur 8 tahun beliau mempelajari Silat Sendeng Buah Melaka Pukulan Kaedah dengan Cikgu Hj. Kassim bin Md. Noh di Melaka.

Setelah berpindah ke Johor, pada tahun 1975-1976 beliau telah mempelajari Silat Kalimah Sakti dengan arwah Cikgu Ahmad Bin Kahar di Kg. Kastam dan Cikgu Hj. Aziz Osman (Pak Aziz Telekom) di Kg. Bendahara Johor.

Pada sekitar tahun 1977-1980 Ayahanda  mempelajari Tae Kwon Do dengan master-master sekitar Negeri Johor dan Singapura sehinggalah memperolehi anugerah talipinggang hitam (Black Belt). Di samping itu, Ayahanda  juga mempelajari Silat Kuning-kuningan dengan Arwah Hj. Husin di Plentong.

Kemudian, pada tahun 1978-1979 giliran Silat Cimande pula dipelajari oleh Ayahanda . Silat ini Ayahanda  pelajari dengan Arwah Wak Saipan.

Kemudian Silat Membujur Lalu Melintang Patah dengan Arwah Yusuf Bin Osman @ Atan bin Osman(Gelaran Atan Sembilang @ Atan Bomoh) sehingga Khatam selama 3 bulan 10 hari. Silat ini adalah gabungan dari silat sendeng, sunting dan silat pulut yang telah diasaskan di Jasin Melaka oleh Dollah Sendo.

Oleh kerana minat Ayahanda  yang amat mendalam terhadap Seni Beladiri Diri, bapa Ayahanda  telah memperkenalkan Ayahanda  dengan Syed Ahmad Syed Hussin Al-Idrus (Pak Mat Singa) iaitu adik saudara kepada bapanya.

Ayahanda  telah dicabar oleh Pak Mat Singa maka belaku lah pergelutan antar Ayahanda  dan Pak Mat Singa yang mana Ayahanda  telah kalah walaupun Ayahanda  mendulu mahupun menunggu. Pergelutan itu berlaku di dalam bas.

Maka di sinilah bermulanya penglibatan Ayahanda Guru Hj. Hasyim Bin Hj. Salleh dalam Buah Pukul Mersing. Dalam masa 1 hari saja Ayahanda  telah dapat menguasai Lian 1-4.

Selepas itu Pak Mat Singa memperkenalkan pula Ayahanda  dengan gurunya sendiri iaitu (Allahyarham) Mohamad b Chik atau lebih dikenali sebagai Pak Mat Kedidi. Kemudian Allahyarham Pak Mat Kedidi telah mengarahkan Ayahanda  belajar ilmu buah pukul ini dengan menantunya iaitu (Allahyarham) Razak Sharif (Razak Yahudi)di No.47, Jalan Serampang, Taman Pelangi. Pak Mat Singa sendiri pernah belajar dengan Pak Mat Belantik dan selepas itu dengan Allahyarham Pak Mat Kedidi dan Allahyarham Razak Yahudi.

Dari tahun 1982-1987, Ayahanda  mempelajari ilmu buah pukul dengan Allahyarham Razak Sharif. Allahyarham Pak Mat kedidi ketika itu bertugas sebagai Sarjan Mejar Polis Special Branch dan tinggal di berek polis di Jln. Pahlawan, Yahya Awal yang mana sekarang ini  menjadi Saujana Condominium dan tidak berapa lama kemudian berpindah ke Taman Sri Skudai.

Pada 1982 juga Ayahanda  telah mempelajari buah pukul dengan Pak Mat Samurai di Mersing dan ada ketikanya Pak Mat sendiri berkunjung ke rumah Hj. Hasyim untuk mengajar ilmu buah pukul.

Antara tahun 1982-1987 antara guru-guru yang telah Ayahanda  telah pelajari atas saranan Allahyarham Razak Sharif untuk tujuan mendalami, memantapkan, membuat kajian dan membaik pulih ialah:

A. Pak Andak Wahab – Larkin Jaya

Ketika Pak Andak tinggal di rumah saudaranya  di Jln. Ketitir iaitu Datuk Hj. Md. Awang Mufti Johor ketika itu yang juga pengamal Buah Pukul Mersing. Beliau juga adalah orang yang bertanggungjawab memberi nama Lianpadukan iaitu “Lian Padukan: Pada Tuhan Diserahkan Keselamatan Anda”. Ayahanda juga pernah berguru dengan Arwah Datuk dalam bab-bab agama dan Usuluddin.

B. Pak Atan Air Batu – Kluang

Ayahanda menuntut dengan Pak Atan di Malay Club House Kluang ketika pergi dengan Allahyarham Razak Sharif.

C. Pak Talib Nik – Larkin Jaya

Ketika Ayahanda berkawan baik dengan Yahya Endau yang berkerja sebagai pembantu makmal di Sekolah Saint Joseph Private, Yahya telah memperkenalkan Ayahanda  dengan Pak Talib Nik di Jln Punggok Larkin Jaya. Ayahanda  hanya sempat mempelajari Lian 1-8 sahaja kerana arwah Pak Talib Nik meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan.

D. Pak Raja Ali b Raja Salleh – Batu Pahat

Pada tahun 1985 pula, Ayahanda  berguru pula dengan Pak Raja Ali Bin Raja Salleh (Pak Raja Gayang 5). Ketika itu, Pak Raja tinggal di Peserai bertugas sebagai Post Master. Bersama-sama Ayahanda  yang pergi berguru ialah Guru Besar Batu Pahat High School iaitu arwah Cikgu Dollah Bin Jaip dan Post Master Batu Pahat En. Faisal.

E. Pak Majid Klinik – Kg. Melayu

Pada Tahun 1985-1987 Ayahanda telah berguru dengan Pak Majid Klinik di Jalan Budiman Kg. Melayu. Ketika itu Pak Majid  bertugas sebagai Pengawal di Sekolah Convent JB.

Pada September 1987 Ayahanda dikhatamkan oleh Arwah Pak Mat Kedidi. Sebelum itu seramai 5 orang telah dikhatamkan iaitu Mastam (Tanjung Resam), Omar Bank UMBC (Singapura), Hj. Yusuf Idrus adik lawyer Idris(Taman Sri Amar) dan Pak Mat Singa.

Pada Disember 1987 Ayahanda  berkahwin dengan Hajjah Fifi dan menumpukan perhatian kepada perniagaan Ayahanda  iaitu Syarikat Pengakutan Pasir Gudang Bus Service (PGBS). Ayahanda merupakan Managing Director di Syarikat tersebut yang mempunyai 85 buah bas dan pekerja lebih dari 200 orang.

Pada tahun 1995 Menteri Besar Johor dan MPJB mengarahkan semua syarikat bas bergabung dan Ayahanda membuat keputusan melepaskan syarikatnya kepada Konsortium Transit Link.

Allahyarham Pak Mat Kedidi telah menyedari kisah ini lalu memanggil Ayahanda dengan bantuan Hj. Yusof Idrus yang menjadi orang tengahnya. Mereka telah dipertemukan pada hari jadi Allahyarham Pak Mat.

Pada hari Ahad 11.5.1997 jam 9 pagi, Allahyarham Pak Mat Kedidi telah menyerahkan Nukil Buah Pukul di hari perasmian Gelanggang Kangkar Pulai. Untuk kenang-kenangan Allahyarham Pak Mat telah mengajak Ayahanda ke Rompin untuk berjumpa dengan Allahyarham Anjang Ibrahim. Allahyarham Anjang Ibrahim telah bersetuju dan merestui untuk menjadi saksi peristiwa serahan Nukil tersebut sebelum meninggal dunia pada Maghrib. Allahyarham Anjang Ibrahim adalah pengamal Buah Pukol sezaman Allahyarham Chu Aman. Selepas itu mereka menziarahi pula Arwah Pak Jusoh Bin Buyong, Kaka Buah Pukul Mersing kepada Allahyarham Anjang Ibrahim.

Pada 20 Julai 1999 arwah Pak Mat Kedidi telah mengangkat sumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah Haji Hamid Bin Haji Hassan sebagai tanda penyerahan nukil tersebut yang juga disaksikan oleh Dato’ Azmee Haji Ismail.

Intisari Lianpadukan

Posted by admin | IntisariLP | Tuesday 14 July 2009 3:44 PM

Di dalam Lianpadukan, tiada istilah guling-mengguling, lenting-melenting, menari-nari, baring, berpusing-pusing dan berlari-lari. Di dalam Lianpadukan penumbuk itu bermaksud buah, perisai (tapak tangan) itu pukul. Bila kita menumbuk, musuh menepis, kita melapis ataupun musuh menumbuk, kita melapis. Lianpadukan lebih banyak menekankan corak mendahului serangan daripada menanti serangan. Konsep inilah yang menjadi matapelajaran teras dalam Lianpadukan.

Konsep Lianpadukan tidak jauh berbeza daripada konsep Buah Pukul yang asal.

Secara asasnya, Lianpadukan mengajar cara serangan yang terus dan agresif. Intisari Lianpadukan terletak pada kebolehan pengamalnya untuk melancarkan teknik makan gerak kepada lawannya di mana itu akan menyebabkan lawannya gagal melancarkan sebarang bentuk serangan atau menahan.

Sekali pengamal Lianpadukan bergerak mara dan menyerang dalam jarak rapat, ia akan berterusan memberi tekanan melalui rangkaian serangan yang akan memusnahkan pertahanan lawan sehingga betul-betul menguasai keadaan.

Pengamal Lianpadukan hanya akan berhenti menyerang setelah lawannya benar-benar telah dikalahkan iaitu sehingga jatuh.

Oleh itu, Lianpadukan bukanlah satu seni yang pasif atau bertahan, tetapi lebih kepada pro-aktif, agresif dan berbahaya.

Senarai Gelanggang Lianpadukan

Posted by admin | GelanggangLP | Tuesday 14 July 2009 3:30 PM

A. Gelanggang Induk Persatuan Lian Padukan Malaysia:
No. 4, Jalan Ros Merah 4/3
Taman Johor Jaya
81100 Johor Bahru
Johor Darul Takzim
Jadual latihan: Setiap Rabu (9.30 malam)
Hubungi:
Cikgu Sulaiman Ahad – 012-7248197 (Ketua Gelanggang)
Cikgu Wan Nilai – 019-2162190 (Pen. Ketua Gelanggang)
Cikgu Zaharuddin Elias – 013-7366833
Cikgu Jefri Md Yusof – 019-7442641
————————————————————————————————
B. Gelanggang Masjid Laksamana, Taman Tun Aminah:
Perkarangan Masjid Laksamana
Jalan Laksmana 11
Taman Tun Aminah
Johor Bahru, Johor

Hubungi:
Cikgu Zaharuddin Elias – 013-7366833
——————————————————————-
C. Gelanggang Induk LianPadukan Martial Arts Academy:

No.6-3A, Tingkat 3, Jalan GJ2,
Taman Gombak Jaya,
Batu 5  1/2 Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur
Selangor Darul Ehsan
Jadual latihan: Setiap Rabu (9.30 malam)
Hubungi:
Cikgu Hisham Giant – 016-7027449 (sambicep@hotmail.com)

————————————————————————————————
D. Gelanggang Selayang:
Surau Ad-Diniyyah
Tmn. Bdr. Baru Selayang Fasa 2A
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan

dan

Sekolah Agama Rakyat Al-Furqan
Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan
(Berhampiran Stadium Selayang)
Jadual latihan: Setiap Sabtu (10.00 malam)
Hubungi:
Cikgu Din Misai – 012-327 2180
————————————————————————————————
E.Gelanggang Kelana Jaya:
Surau al-Aqidah,
No.1, Jalan SS 7/28,
Taman Kelana Indah
Kelana Jaya, Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Jadual latihan: Setiap Jumaat (10.00 malam)
Hubungi:
Cikgu Din Misai – 012-327 2180
————————————————————————————————
F.Gelanggang Kajang:
Pangsapuri Prima Cempaka,
Jalan Kajang Prima 5,
Kajang Prima
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
Hubungi:
Cikgu Aimi – 012-970 0137
————————————————————————————————
G.Gelanggang Kapar, Klang:
Taman Seri Perepat,
Batu 8, Jalan Kapar,
42200 Kapar Klang
Selangor Darul Ehsan
Jadual latihan: Setiap Sabtu (10.00 malam)
Hubungi:
Cikgu Azhar – 012-633 6648
————————————————————————————————
H.Gelanggang Kuala Terengganu:
E-336, Lorong Merpati,
Kampung Durian Burung,
20050 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
Hubungi:
Cikgu Aimi – 012-970 0137
————————————————————————————————
I. Gelanggang Semabok:

No 5731C,
Jalan Bukit Katil,
Semabok,
Melaka
Hubungi:
Cikgu Boy – 017 6588107
————————————————————————————————
J. Gelanggang HELP Damansara:
Level P5, Blok I,
Pusat Bandar Damansara,
50490 Kuala Lumpur
(Bersebelahan HELP University College)
Jadual latihan: Setiap Isnin (8.30 malam)
Hubungi:
Cikgu Nasrul – 013 397 4849

————————————————————————————————
K. Gelanggang Muadzam Shah:

Dewan Al-Ghazali, SMK Chanis,
LKTP Keratong 6,
26700 Muadzam Shah,
Pahang
Hubungi:
Cikgu Kamal – 013 648 9245
————————————————————————————————
L. Gelanggang Bukit Beruntung/Sentosa:
Sentosa Martial Arts School,
No 1-17 Jalan Bunga Kertas 1B/2,
Bukit Sentosa, Rawang,
Selangor
Hubungi:
Cikgu Ariffin Suratman (tokpin) – 012 227 1579
————————————————————————————————
M. Gelanggang Seri Kembangan:

Dewan Masyarakat,
Casa Riana Condo,
Persiaran Puncak Jalil,
Taman Puncak Jalil,
43300 Seri Kembangan,
Selangor
Jadual latihan: Setiap Khamis (9.30 malam)
Hubungi:
Cikgu Faizal – 012-2776578
<<Peta Jalan>>

————————————————————————————————
M. Gelanggang Rawang:

Gelanggang Futsal

Maple Court,
Bandar Tasik Puteri,
Rawang.

Selangor
Jadual latihan: Setiap Sabtu (8.00 malam)
Hubungi:
Cikgu Nasrul – 013 397 4849
En. Azmi 012 313 7559

Majlis Khatam Istiadat LianPadukan 2009 Meriah

Posted by admin | BuletinLP | Monday 13 July 2009 5:34 AM

JOHOR JAYA, 10 JULAI 2009 – Persatuan Seni Silat Lian Padukan telah mengadakan Majlis Khatam Istiadat, Memecah Buah Keras, Mandi Penimbul di rumah Guru Utama LianPadukan merangkap Rumah Adat LianPadukan di sini.

Majlis tersebut telah disertai oleh 14 orang ahli LianPadukan dari Selangor dan Johor yang telah tamat silibus pelajaran LianPadukan dan mendapat perkenan dari Guru Utama, Cikgu Hj. Hasyim untuk dikhatamkan secara istiadat. Mereka terdiri daripada Mohammad Haire Bin Abu Bakar, Nasrul B Mohad Rashid, Nur Aini Muslim B Andullah, Mohd Faizal Mohd Nor, Junaidi Bin Jamil, Arif Ahmad, Azlisham Bin Aziz, Mohd Jefri B Mohd Yusof, Azuan binandol Rahman, Iskandar Dzulkarnain, Muhamad Azam Abdullah, Sulaiman B Ahmad, Ariffin Suratman, dan Mohd Redzuan.

Selain itu, cikgu-cikgu khatam Lianpadukan juga turut sama menjayakan majlis tersebut iaitu, Cikgu Azmi, Cikgu Din Gondrong, Cikgu Boy, Cikgu Din Misai, Cikgu Hisham Giant, Cikgu Aimi, Cikgu Azhar, Cikgu Kamal, dan Cikgu Shazwana.

Majlis tersebut yang diadakan 2 hari diupacarakan dengan gilang gemilang sekali serta dirasmikan oleh wakil kepada Yang Berhormat Dato Hj Abdul Halim Hj Sulaiman (ADUN Putriwangsa) iaitu penghulu Mukim Plentong, En Khairun Nizam. Malah, majlis turut diserikan dengan kehadiran dif-dif kehormat yang dijemput khas oleh Guru Utama Hj Hasyim Hj Salleh iaitu Tuan Hj Mohamed Salleh (Timbalan Yang diPertua Persatuan Lianpadukan), Tuan Hj Hashim Harun (Pengerusi PESAKA Johor), Pak Raja Ali Raja Salleh(Guru Utama Gayang Lima), Pok Yee (Guru Utama Gerak Silat Lian) dan En Mohamed Salleh Hassan (Silat Peradin Cimande).

Pada hari pertama majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah, bacaan Yaasin, tahlil kepada guru-guru buah pukul, solat Isyak dan majlis ditangguhkan pada jam 6.30 pagi. Kemudian, majlis disambung semula pada hari yang kedua pada jam 8 malam dengan kehadiran delegasi Gerak Silat Lian Malaysia yang diketuai oleh Pok Yee. Majlis seterusnya berlangsung lancar berakhir dengan sesi menjamu selera pada 10.30 malam.

Sesi bergambar juga berlangsung meriah dengan semua ahli buah pukul bersama-sama mengambil gambar sebagai kenangan.

* P/S: Gambar akan disiarkan tidak lama lagi.

TunePlus Wordpress Theme