Al-kisah Kursus Tekpi dan Hikayat 1001 Tumbuk LP

Posted by admin | BuletinLP | Monday 23 November 2009 4:51 PM

dsc0316215 NOV 2009, GOMBAK – Akademi Seni Beladiri Lianpadukan telah berjaya mengadakan satu program ‘WORLD FIGHTING FOR LIVES WEEKEND 2009′ yang mana dilangsungkan serentak di seluruh dunia bersama-sama dengan seni beladiri yang lain pada hari ini. Program ini diadakan bertujuan untuk mengisi dana yang akan diserahkan kepada kanak-kanak yang memerlukan.

http://www.youtube.com/watch?v=TpjnA7fIwG0

Program yang disertai seramai 16 peserta dari kalangan pengamal seni beladiri Lianpadukan sendiri. Cikgu-cikgu Lianpadukan dari seluruh Malaysia juga turut hadir untuk menambahkan seri program yang akan dilangsungkan selama 2 hari itu.

Banyak petua-petua, panduan dan tunjuk ajar yang telah diperturunkan oleh Guru Utama Lianpadukan, Cikgu Hj. Mohammed Hasyim Hj. Salleh. Selain itu cikgu-cikgu khatam Lianpadukan juga turut serta berkongsi buah-buah tunggal mereka bersama peserta program yang lain.

Suasana meriah dan ceria menyinari gelanggang induk Akademi Lianpadukan di sini. Sesi bertukar-tukar pendapat juga kelihatan di setiap sudut gelanggang. Walaupun berbagai-bagai ragam para peserta program, Cikgu Hasyim tidak jemu-jemu dengan gelagat mereka malah semakin bersemangat untuk berkongsi petua dan memberikan tunjuk ajar.

Pada hari pertama program, peserta-peserta diajar bagaimana untuk menggunakan senjata rasmi Lianpadukan iaitu tekpi. Peserta-peserta terlebih dahulu diajar bagaimana untuk memegang dengan cara yang betul supaya lebih mudah dan tidak memudaratkan. Selain itu, para peserta juga diajarkan Lian Tekpi sebelah dan Lian Tekpi Dua Belah oleh Yang Mulia Guru Utama.

Pada hari kedua, para peserta diperturunkan dengan petua tumbukan dan apakah dia Hikayat 1001 Tumbuk Lianpadukan. Petua ini juga diperturunkan sendiri pleh Yang Mulia Guru Utama secara terus kepada para peserta. Kemudian, para cikgu khatam dan Guru Utama sendiri telah menunjukkan beberapa buah tunggal sebagai hadiah kepada para peserta yang hadir.

Secara keseluruhannya, program ini berjalan lancar dari sebarang gangguan. Program ini berlangsung di dalam suasana ceria dan harmoni sekali. Keakraban cikgu-cikgu khatam Lianpadukan bersama Guru Utama dan para ahli jelas terserlah. Tiada kata yang dapat menggambarkan suasana tersebut.

Sila lihat sedutan video dari program tersebut di http://www.youtube.com/watch?v=TpjnA7fIwG0

TunePlus Wordpress Theme